Thursday, May 12, 2011

aduhai...

bile asal balik usul..

aku ni bukan nye kacang lupakan kulit. sekali sekala, memang malu nak ngaku aku ni orang melayu beragama Islam.. bukan sebab bangsa aku low-class, atau agama aku anuti tu by default.. aku syukur lahir ke dunia diajar mengucap syahadah. tak pernah ada sekelumit cacat cela dalam agama aku. itu yang aku percaya. tapi yang buat aku nak marah bila orang melayu ni lupa yang islam dan melayu tu ialah due benda yang amat berbeza.

kalau nak ikut pendapat aku, takde satu pun rules dalam Islam yang menyusahkan.. bende sume straight-forward. yang jadi susah nya bile manusia tak mau ikut apa yang disuruh dan tak mau akur apa yang dilarang.. lepas tu, nak pandai sendiri cakap sume bende tak masuk akal... yang tak masuk akal nye bukan perintah agama, yang tak masuk akal nye sebab budaya.. diorang tak confuse, cume akal diorang tak panjang ..

malu nak citer apa dah jadi semalam.. tapi, apa dah jadi tu citer benar sebenar-benarnya.. tiade olahan, penambahan dan penolakan...

ada sorang makcik, umur tak panjang, dipanggil menhadap Pencipta-Nya .. yang tinggal anak2, sedara-mara. kalau ingat diorang kat die, ingatlah. kalau tak, tak lah. bila ingat, kalau nak sedekah fatihah yassin, sedekahlah. kalau tak, tak lah.

Islam suruh mempercepatkan pengebumian, bukan sebab nak kasi mudah anak-beranak, sedara-mara.. sebab Tuhan Maha Mengetahui. tapi, anak-anak buat mudah. sanggup biar jenazah ibu tidak dituntut, sebab, ibu meninggal lewat tengah malam, nak tanam jenazah time tu tak logik, jadi, kene tunggu esok pagi juga. kalau nak tuntut jenazah lewat malam, maknanye anak2 kene urus mandi jenazah esok pagi, dah jadik dua tiga kerja pulak. kalau tuntut jenazah dari hospital esok pagi, pihak hospital akan mandikan dan kafankan dan terus tanam .. anak2, yang dibesarkan oleh si ibu selama hayatnya, dengan rela hati buat keputusan.. biarlah tuntut jenazah esok pagi. malam itu, atas prosedur hospital, jenazah ibu terkujur di mortuary, peti ais kat rumah mayat.. Nauzubillah.

Islam memang lah menggalakkan umat pergi ziarah keluarga yang di dalam kedukaan. tapi Islam juga suruh kite ingat amanah. sebab kan rasa ada amanah kerja, yang nak pergi melawat ni bagitau lah bos die, yang juga melayu dan Islam.. "My aunt passed away, and I will be coming a bit late to the office".. bos die yang melayu dan Islam tu jawab "No prob, but if more than 3 hours, you have to take leave"... kudos.. takde takziah, takde condolonces, takde Innalillah, all she cared about is the time-track. ye lah, bos pun jalankan amanah.. (rasa aku, kalau aku cakap kat bos cina aku dulu kucing aku mati accident, sure die akan reply "sorry to hear that...")

bende2 yang aku nak highlight ni bukan sebab Islam.. sume ni jadi sebab orang melayu. ibu ayah besarkan kite dengan kasih sayang, pengorbanan dan dengan harapan cukup ilmu hidup supaya pandai menjaga adab menguruskan kehidupan. tapi orang melayu ni pelik. bile tak cukup ilmu, salahkan ibu ayah ("kurang ajaq, mak pak hang tak ajaq ke?")..bile ilmu dah menggunung, die saja yang betul.. orang lain semua salah. pandai ke bodoh ke, bila dah nama melayu tu, susah nak argue.. apa2 pun, die jugak nak menang.

melayu - bangsa penuh adab dan budaya - deep thoughts!

anyway, i've put in my list to search for good religious school for the boys. it's my responsibility.. and must keep reminding the boys the real values of life and how to live truthfully.. not live the life the way the culture wants it. if its wrong, its still wrong!  

No comments:

Post a Comment