Sunday, December 23, 2012

rindu

saya rindu orang itu. kite ni, manusia, bila dah ada depan mata semua jadi tak kena. bila dah nun jauh di mata, barulah nak terhegeh-hegeh nak rindu bagai nak rak.

sekali-sekala, bila dah rindu amat teramat melampau ni, sakit pun ada. belum lah sampai mandi tak basah, makan tak kenyang, tapi dalam hiruk pikuk anak-anak dok gaduh sakan, rasa jauh sangat orang yang kita harap ada di sisi, lahiriahnya!

katanya lagi 18 hari dia balik. lama la pulak menghitung hari. penat. tapi, pesan abang, jangan putus asa.. teruskan menghitung waktu. masa itu akan tiba. tidak sesaat awal, tidak sesaat lewat. bila dah ditentukan-Nya, kita akan jumpa semula.

saya rindu dia. saya tahu, dia rindu saya.. dan sebab dia, saya bijak berbahasa ;)

No comments:

Post a Comment