Saturday, December 17, 2016

Keterlanjuran kita

Asyik sungguh aku terbuai dengan setiap madah puitis, khusyuk dengan penceritaan ikhlas, terus-terang dan benar-sebenarnya. Seronok! Gerun! Geram! Sesal! Sesak! Semua ada.
Kisahnya mudah, bahasanya indah. 

Layak-selayaknya dia disebut-sebut karyawan ulung, ulama masyhur Hamka.

Aku masih lagi leka membaca setiap mukasurat buku ini.

Terpanggil nak bercerita perihal dunia.
...
'Kerana sesiapa pun perempuan, bagaimana pun hinanya, buruk dan baiknya adalah kepandaian lelaki, lain tidak'
...
Tidak perlu berbicara sedalam-dalamnya. Hari itu, di FB, ada kisah para isteri yang marah.. ustaz ustazah dok tarbiah isteri kena berhias untuk suami, isteri kena siapkan air, sedekah senyuman bila suami balik... yang buat mereka lagi marah bila ustaz ustazah seperti mahu menunding jari kepada si isteri.. padahal isteri pun penat pulang dari kerja, sambung pulak kerja di rumah.. Allahuakbar, usah marah pada sang ustaz ustazah itu. yang mereka kongsikan itu nasihat rasul kita sallallahualaihiwasallam. 

(dan jangan marah saya pulak bila berkata begitu. saya bukan ustazah, ye saya tahu. saya tak kerja, ye saya tahu)

hal urusan rumahtangga hal kita laki bini.
kalau baik, ambil sebagai nasihat. kalau buruk, simpan letak tepi, supaya beringat, jangan buat! 

kita orang islam, tak patut percaya pada karma. tapi yakin Allah itu ada,Allah itu  perancang terbaik, Allah itu hak segala di bumi dan di langit.

banyak sangat cerita tak betul yang kita 'betulkan' untuk keperluan kita.

ada kawan belajar di luar negara, jauh dari ibu bapa, bertemu si cinta hati. kerana tidak mampu menjaga nafsu, tapi gerun dimurkai ibu, si lelaki ajak menikahi si gadis, tanpa izin dari si wali.. kahwin senyap2, nanti balik kampung kita kahwin lagi.

ada sahabat, masih 'waras' fikirnya. mana patut aku bernikah sementara aku masih muda dan masih bergelar pelajar. tapi cinta buat mereka terlanjur. lepas terlanjur, si perempuan risau tak datang bulan. bila sahih ada isi di rahimnya, the only option is abortion😭

ada juga yang masih waras dan yakin gugur bukan cara jalannya. anak itu lahir selepas sembilan bulan, sihat sesihatnya. tapi sebab risau bual mulut orang, sebab gusar ibu yang tua akan gugur jantung jika tahu khabaran sebenarnya, direkakan cerita anak yang lahir itu anak pungut. dia terlalu sayang anak si pungut itu, disimpan dan dibelanya dan si ibu tua juga kasih pada si kecil itu.

ada jodoh, ibu muda itu kahwin juga dengan kekasih hatinya. si suami bahasakan diri sebagai ayah pada anak kecil itu, dan si ibu masih berselindung identiti demi 'maruah' keluarga. 

ada andartu, manis putih orangnya, cuba selindung dari status isteri kedua. dikahwini sang lelaki tua yang rakus di sempadan.. tak berwali tak diketahui. si bapa andartu tak tahu, si isteri pertama mungkin tertanya-tanya.

...
yang lelaki, semuanya mudah, bila hati engkau sudah terpikat, ingat balik asal yang diniat.

bila kau nak amik anak orang, ada cara dan adab yang betul dan halal. 
engkau yang akan berjawab dengan tuhanmu dan tuhan isteri mu. 
kalau niat kamu tulus nak elak dosa, ambil dia cara baik, dari walinya dan terus2an pimpin dia supaya terus diganda pahala.

kalau engkau rasa yang 'terbaik' dengan merahsiakan dan bersembunyi, rasa balik betul2!

kalau engkau nak biarkan si isteri, berharap dia jadi isteri sempurna, tunjukkan dia cara suami sempurna. layaknya si sempurna dengan sempurna.

kalau engkau masih bernekad, aku lakukan demi menjaga agamaku, nekad semula. fikir, sanggupkah engkau jika perempuan itu anak dan saudara kerabatmu? 

nafsu itu memang hebat, tapi akal waras lagi lagi hero. yakinlah.

ada caranya. 
...
Aku tak de hak untuk menilai. Kita semua tak berhak. Kita mungkin tahu apa yang dilakukan dosa besar! Kita boleh berkata, tapi, kita bukan mereka...
Cuma, aku nak mintak tolong satu, balik pada Quran. 
Kita ini manusia... insan.. lemah!
Tapi, bila kita tau kita buat salah, bila kita rasa kita tak layak untuk syurga allah, usahalah berganda2, mintak ampun pada Dia.

Allah cakap, elakkan zina. Bukan, Allah cakap jangan kita hampiri zina! Tu sebab asal mula, kita rendahkan pandangan, kita tutup aurat, kita perlahankan suara, kita tak pakai gelang berkerincing.. antara cadangan untuk menjauhi zina!

Dan aku, antara yang tidak terlepas dari dosa. 

Tapi, Allah juga ajar kita.. di dalam namaNya ada ArRahman ArRahim! Bertaubatlah! Beristighfarlah!
 
Yang lelaki, be the man. 
Yang ada anak lelaki, didik anakmu untuk menjadi lelaki.
Yang perempuan, jagalah diri, jagalah hati. 

No comments:

Post a Comment