Tuesday, January 9, 2018

Yang Terindah

Daqmie; Yang Terindah


Back in 2010, I used to love this song very much!
It's a theme song of the drama series that was the talk of the town at that moment.

I heard it again two days ago, while ironing.
I have stop watching drama series for quite a while, now, and I don't intend to watch any of its kind again... That'll be a long post to talk how damging our malay drama series nowadays (and even before)...

But I guess, I must agree with my husband who told me "kes cerai, gaduh laki bini mertua, anak derhaka maki bapak, zina and all semua datang dari TV3"..of course, he meant the malay drama series... ehem...

Anyway, back to the song that I heard it while ironing and browsing through Astro OASIS, in one of the hadith series... I saw the artist singing the song...

I heard every words of every lines...
I remembered how I vividly saw the vision of the actor and actress of Adamaya (The 'adam' in a man) when I first heard it back in 2010.
This time, I shed my tears...
Subhanallah.. this song is more than that!
How wasted I have been for not realizing it the first time I heard eight years ago.

....
Lillahitaala..

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Untuk anak-anak mama, please know, setiap kali mama doa untuk anak-anak yang soleh solehah, yang akan jadi khalifah Allah yang banyak amalnya sepanjang hidup kalian, setiap kali itulah mama berdoa 'Ya Allah, aku banyak melakukan dosa sepanjang hidup mudaku. Aku menzalimi diriku. Dan Kau masih sayang padaku. Masakan kau tak kasih jika kau masih menyempatkan aku untuk mengangkat kedua tangan ku ini di hadapanMu dan berdoa... Ya Allah, lindungi anak-anak kami dari segala fitnah syaitan, dunia, hidup, mati dan fitnah dajal. Ya Allah, jangan kau biarkan anak-anak kami melakukan segala dosa-dosa yang pernah kami lakukan, dan jangan kau bebani ibu ayah kami atas dosa-dosa kami semasa kami muda remaja dulu.'

My sins were overbearing! Setiap kali doa, setiap kali derai air mata, setiap kali taubat, masih perit mengenangkan 'kalaulah Allah tak ampunkan dosa-dosaku dan tak redha padaku. Nauzubillah'.

I remembered telling my dad last month 'kalau cancer ni datang balik, kalau ain sakit lagi, ain tak nak dah buat chemo. ain tak kuat dah bah. ain tak larat.' Abah was crying. Abah, Mama, Abang,,,, tiga nikmat Allah bagi padaku, masa aku terlantar menahan siksa sakit peritnya racun yang masuk ke dalam badanku. Setiap sesaat aku batuk, setiap seminit aku muntah, bergegas mereka menjenguk, biarpun tak banyak yang boleh mereka lakukan.... biarpun pada pukul 3:58pagi.... selama aku berjaga, selama itu mereka berjaga... Dan hingga hari ni, Ya Allah, aku pohon Ya Allah, ampunkan dosa-dosa mereka, dan jangan kau bebani mereka dengan dosa-dasa aku Ya Ghaffur.

Sebenarnya, rahmat Allah datang bila hadirnya cancer di belakang hidung ini.
Alhamdullillah....
Kalaulah tak datang cancer tu, aku pasti masih bekerja di pejabat 80 tingkat itu, masih dengan blouse ketat melekat di dada, dan skirt betul-betul atas lutut... masih dengan rambut merah dengan garisan-garisan kuning blonde. Masih takde masa untuk anak-anak dan suami.
Bila mula sakit empat tahun lepas, abang terus mula buat hukum mandatory 'pakai tudung atau tak payah berubat langsung!'
Masa tu, marahnye aku.. aku masih dengan akal dangkal. Aku masih berkeras... 'Hidayah tu milik Allah. Kalau Dia nak bagi, manje pakailah tudung tu..Ni nak paksa-paksa, dah jadi tak ikhlas lak!'
Abang cakap 'kalau tak paksa, bila lagi nak pakai tutup aurat ikut perintah Allah? Nak tunggu mati?'
Itu dia hidayah!
Subhanallah.... menangis berjurai-jurai...... kalaulah aku mati esok, masih 'bertelanjang bulat' dan layakkah aku nak marah pada Si Pemilik Yang Haq "kenapa tak kau beri aku hidayah seumur hidupku?"

Dari cancer lah, sikit-sikit, Allah Yang Pengasih, kasi aku nampak dan dengar. It's funny how the radiotherapy has made my hearing deteriorate sikit, sikit... but I can definitely hears Him clearly now.

Bila Allah tunjuk jalan, semua indah.
Sungguh.
Bila sedih, bila resah, bila marah, bila geram, bila serabut, bila kecewa... terus zikir... kalau tak jadi gak, terus ke toilet, berwudhu'.. by the wudhu', dah sejuk rasa hati...tapi kekadang, bila wudhu' pun masih tak jalan, pasangkan telekung... bentang sejadah... angkat takbir.... dan nangis lah semahuku.

Mashaallah.. sayangnya Dia pada si pendosa ini.

Ain nak 'seru' semua orang yang Ain sayang, yang percaya Allah tu Tuhan kita, yang sayang Nabi SAW kita, yang mahukan syurgaNya dan yang takutkan azab-azabNya.... betul, hidayah itu milik Allah.... Allah itu sangat kasih akan hambaNya... sangat pemurah... banyak sungguh hidayah yang hendak diberiNya... MINTAKLAH HIDAYAH ALLAH.
Tolonglah...
Tolonglah jangan tunggu.
Tolonglah sujud, angkat tangan, nangis dan mintak.
Merayulah pada Tuhan Yang Satu.
Kalau dulu liat nak solat, mintaklah dia peringatkan kita.
Kalau payah nak pakai tudung litup, doalah..paksalah berkelubung... nak rasa tak cantik, buanglah rasa tu..nak kata panas, ingatlah api Allah itu lagi panas... dia menggelegak, kita boleh dengar dari luar.
Kalau tak puasa, cubalah tahan dari lapar.
Mintalah hidayah itu.
Nikmat terbesar kita, bila lahirnya kita dah diberi nikmat mendengar kalimah Allah.... jangan menjauh bila dah besar.
Takut nanti, bila ajal sampai ke tengkuk leher, kita mohonlah 'Ya Allah, beri aku sedikit masa Ya Allah..aku nak bertaubat, nak solat'..... masa tu, kita dah lambat.


Hidayah Allah itu sangat indah.
Terlalu indah.
Hati gundah, terus sejuk bila tahu Dia ada.
Hati marah, terus tawaduk bila tahu Dia tak suka kita marah-marah.
Hati geram, terus diam bila tahu Dia itu adil takkan mempersia sesiapa pun.
Terlalu indah.
Niatkan Lillahitaala...
Yang lain, itu kerja Dia. Insyaallah, Dia tak pernah akan menganiaya... yang menganiya adalah manusia sendiri.

Jom, doa untuk hidayah
ya, untuk redhaNya.

No comments:

Post a Comment